Thursday 18 August 2011

Lama nyer x update!

Salam,

Rasa dah lama sangat tak update blog ni..sunyi sepi. Mula-mula dulu bukan main excited, siap hari2 update apa perkembangan persiapan aku. Sampai hari ini sebenarnya, byk dah aku setle kan untuk wedding, tinggal lagi sangat kemalasan nak  upload gambar dan mengarang. Lagi-lagi dengan kerja aku menghadkan masa menatap internet. Bulan Ramadhan ni rezeki mencurah2..almd tapi penat tuhan je yang tahu.

Alhamd, tunang aku baru je set appoitment dgn developer nak ambil kunci rumah. Yahoo..dapat tinggal kat rumah baru menjelang kawin nanti..(kalau ada rezeki). Kalau x sempat siap renovation terpaksalah cari rumah sewa buat sementara..alhamd...


Berbalik kepada persiapan perkawinanku..yang tinggal lagi dua bulan je..(2 bulan je T,T apsal la cepat sgt).
Aku dah menyiapkan bantal hantaran ku, rozek,goodie beg, hiasan bunga utk hadiah VIP..tapi nak letak gambar tunggu nnati akan ku upload kan (ntah bila). Actually langsir bilik dah langsir katil(katil bertiang....ala2 kelambu gitu) telah pon siap. Mula2 tak sabar nak menggantungkan nya (aku try letak langsir katil je), mak aku suruh tggu raya..nanti da hilang seri..hehe. nanti aku reveal kay.


 Ini la katil dan langsir yang aku madsudkan. Actually kain tu da salah beli..terlalu ringan sampai kembang semacam..huhu tgk la mcm mana plan..kalo mak andam tu ada back up. tak pasang la kot.
(ignore katil yang bersepah, itu hanyala perhiasan semata-mata hehe)


Ni rozek yang telah di siap kan..kena dgn warna tema.

Sunday 22 May 2011

Carpet

Hi Peeps,

Huh, da lama tak update blog. Gambar dah berkumpul kat kamera tapi punya la malas nak update..ampun2.
Buat masa ni..sikit2 je update barang2 and preparation kawin. maklum la..fikir lambat lagi Oct and nak buat time raya nanti (ntah siap ke tidak nanti, x pon kelam kabut kot).

Skang ni tgh fikir, apa nak letak deco tuk my bilik pengantin. Katil set yang bertiang tu dah dapat, skang tengah tunggu almari dan meja solek, tak tahu bila nak sampai. Untuk langsir tingkap and katil tu dah hantar suh orang jahit kan * TQ kak Rubi*.

Fokus seterusnya ialah cerpet. Dah usha2 kat ikea and harvey norman..mahal wooo and kuality pon ada baik. Kat nilai style lama sket..harga pon bole tahan. Hurmm ada idea ke mana tempat lagi nak cari??
Tema bilik, cream,off white and a little soft pink. Tanak meriah sgt, relax sude. Bedsheet da siap dibeli masa Jusco OU nak tutup hari tu around February, masa tu bersepah2 sebab Jusco nak habis kan stok sebelum renovate. Alhamdulilah, jumpa yang nice purple-black in color (walaupon lari sket tema)..tapi bole la hihi. Nanti i reveal k :)

Thursday 21 April 2011

Bantal Hantaran

Salam Peeps,
Some update for today. Hurmm i da start memulakan projek DIY bantal hantaran. Target nak  siap kan sebelas bantal walaupun sebenarnya hantaran saya hanya la sembilan. Ialah untuk kegunaan masa hadapan, bila turn adik or kazen2 nak kawin bole bagi pinjam kan kan..terlebih rajin. So barang2 yang diperlukan:

1. Gunting (for sure la nak gunting kain and span)
2. Stapler 
3. Span tebal 6mm (RM5.50 kat kedai bunga reben)
4. Kain- untuk sebelas dulang i beli lerang 60' panjang 2 m. (beli la kapur untuk mengaris semasa nak potong kain nnti)
5. Gam tembak
6. Papan kek (saiz ikut la besar mana dulang hantaran. I beli 14' kat bagus @1.40satu)
7. Kekabu (RM18.00 sekilo)
8. Tessle (RM 1.80 kat Muar, warna bole pilih sebab kedai tu buat dan jual) + Accessories Bucu 

Tips untuk beli kain, belila kain yang tebal and sedikit kasar. Kain jenis velvet, or kain langsir yang kasar dan kalau bole beli yang jenis satu or dua kaler je sebab kalau bercorak sangat mcm meriah sangat la pulak.(tapi terpulang yer). dan satu lagi, kalau pegi ke jakel, nagoya ke,kamdar or mana je, cari kain yang saki baki (biasa nya ditempatkan dalam satu bakul). yela kalau tinggal dalam 2m biasanya da tak dijual sbg kain langsir, mana cukup pun. so kain2 saki baki ni biasanya lebih murah and 50% off.penjimatan tu penting.

Procedure 1:
Potong span besar sikit dari saiz papan kek. I guna tebal pembaris je. Macam gambar di bawah.

Procedure 2:
Gamkan span kepada 3 bahagian papan kek. Gambar esok i upload, kamera tertinggal pulak..ayo.

Procedure 3:
Then masuk kan kekabu dan tepuk2 sikit kasi rata dan sedikit keras. Kalau lembut sangat tenggelam pulak hantaran.


kain velvet ni memang ada ciri2 berkilat sket :)


nak gebu lagi tambah lebih kekabu.

Procedure 4:
Potong kain lebar sedikit dari saiz papan kek. Then gunakan kan stapler untuk lekatkan kain. Awas: Guna gam bole terbuka masa bantal ini kena panas matahari..karang ada yang terabur kekabu hehe.

Procedure 5:
Selit kan tessle sebelum stapler yer..Kain i velvet kaler coklat gelap manakala accessories bucu warna silver so tessle ni warna coklat silver.



Ok siap yahoooo (bagi hadiah kepada diri sendiri yer). Tapi sorry i tak dapat upload gambar today. will update soon. kamera tertinggal lor, tapi nak juga upda hehe. Selamat mencuba.

Gambar Hantaran yang berkenan. Sory, tak ingat link pula.


Friday 15 April 2011

Tag Template Idea

Hi Peeps,

Masih juga mengenai Tag. So tag ini bukan sahaja untuk "TQ Tag", tapi bole digunakan untuk wedding card,goodie bag, centrepiece tag,menu and macam2 lagi mengikut kretiviti masing2. Kalau google bole dapat banyak template, basic sama je yang lain ialah apa design yang kita nak. Untuk i, ada satu dua design dah siap tapi belom finalize coz my wedding pon lambat lagi. Ada masa la nak tukar2 last minit nanti. So some idea to share:



 Menu style. Source




Yang ni i buat try2 je..i intrested nak buat yang simple than ada wordings ' So Sweet'..hehe berangan belom ada mood nak buat lagi :)

Wednesday 13 April 2011

DIY Roses

Morning Peeps,

Nice nice, pagi2 dah mengoogle. Biasa la bos belum masuk lagi so usha2 apa2 yang patut dulu huhu. Sekarang tgh cari idea nak decorate my paper bag. Bag da siap tapi isi and deco x start pon (tengah fikir idea lagi)..bila ntah nak siap. OK something to share. Idea DIY rose ni comel, bole diguna kan untuk rozek or bunga pahar or deco2 apa2 je yang sesuai. Mudah dan senang juga..kalau nak digunakan sebagai bunga manggar pon idea yang bernas. jum DIY lagi.


Nak lagi? Click here

untuk buat centrepiece

Tuesday 12 April 2011

Freebies-TQ Tag/Label

Helow Peeps,

Seperti tajuk di atas, ada tq tag untuk di kongsi bersama2. Simple je Tq tag ni, bole terus print je atas kertas at least weight @200gsm spaya takda la terkoyak nanti masa nak bagi-bagi doorgift or bole print atas stiker untuk dilekatkan pada mason jar. Kalau yang tak pandai nak guna adobe, bole edit je guna MC Publisher ye kawan-kawan. Saya dah buat untuk doorgift Company Dinner, hasil memuaskan la sebab tiru and edit hehe.. Selamat mencuba.






Nak lagi lawat sini Delicious Scraps

my trial. Copy and Print

Monday 11 April 2011

Mewarna Doily Paper

Salam Peeps,

Pusing2 tgk blog orang, saya ternampak idea yang sangat kreatif dari Lalatifah, Termeloh. Idea mewarnakan doily paper dengan pewarna amat la menarik dan membuatkan saya berhenti kejap dan meneruskan pembacaan. credit to you cik Latifah. sesiapa nak tgk cara2 dah hasil sila la lawat2 blog dia yer..