Some update for today. Hurmm i da start memulakan projek DIY bantal hantaran. Target nak siap kan sebelas bantal walaupun sebenarnya hantaran saya hanya la sembilan. Ialah untuk kegunaan masa hadapan, bila turn adik or kazen2 nak kawin bole bagi pinjam kan kan..terlebih rajin. So barang2 yang diperlukan:
1. Gunting (for sure la nak gunting kain and span)
2. Stapler
3. Span tebal 6mm (RM5.50 kat kedai bunga reben)
4. Kain- untuk sebelas dulang i beli lerang 60' panjang 2 m. (beli la kapur untuk mengaris semasa nak potong kain nnti)
5. Gam tembak
6. Papan kek (saiz ikut la besar mana dulang hantaran. I beli 14' kat bagus @1.40satu)
7. Kekabu (RM18.00 sekilo)
8. Tessle (RM 1.80 kat Muar, warna bole pilih sebab kedai tu buat dan jual) + Accessories Bucu
Tips untuk beli kain, belila kain yang tebal and sedikit kasar. Kain jenis velvet, or kain langsir yang kasar dan kalau bole beli yang jenis satu or dua kaler je sebab kalau bercorak sangat mcm meriah sangat la pulak.(tapi terpulang yer). dan satu lagi, kalau pegi ke jakel, nagoya ke,kamdar or mana je, cari kain yang saki baki (biasa nya ditempatkan dalam satu bakul). yela kalau tinggal dalam 2m biasanya da tak dijual sbg kain langsir, mana cukup pun. so kain2 saki baki ni biasanya lebih murah and 50% off.penjimatan tu penting.
Procedure 1:
Potong span besar sikit dari saiz papan kek. I guna tebal pembaris je. Macam gambar di bawah.
Procedure 2:
Gamkan span kepada 3 bahagian papan kek. Gambar esok i upload, kamera tertinggal pulak..ayo.
Procedure 3:
Then masuk kan kekabu dan tepuk2 sikit kasi rata dan sedikit keras. Kalau lembut sangat tenggelam pulak hantaran.
kain velvet ni memang ada ciri2 berkilat sket :)
nak gebu lagi tambah lebih kekabu.
Procedure 4:
Potong kain lebar sedikit dari saiz papan kek. Then gunakan kan stapler untuk lekatkan kain. Awas: Guna gam bole terbuka masa bantal ini kena panas matahari..karang ada yang terabur kekabu hehe.
Procedure 5:
Selit kan tessle sebelum stapler yer..Kain i velvet kaler coklat gelap manakala accessories bucu warna silver so tessle ni warna coklat silver.
Ok siap yahoooo (bagi hadiah kepada diri sendiri yer). Tapi sorry i tak dapat upload gambar today. will update soon. kamera tertinggal lor, tapi nak juga upda hehe. Selamat mencuba.
Gambar Hantaran yang berkenan. Sory, tak ingat link pula.