Thursday 21 April 2011

Bantal Hantaran

Salam Peeps,
Some update for today. Hurmm i da start memulakan projek DIY bantal hantaran. Target nak  siap kan sebelas bantal walaupun sebenarnya hantaran saya hanya la sembilan. Ialah untuk kegunaan masa hadapan, bila turn adik or kazen2 nak kawin bole bagi pinjam kan kan..terlebih rajin. So barang2 yang diperlukan:

1. Gunting (for sure la nak gunting kain and span)
2. Stapler 
3. Span tebal 6mm (RM5.50 kat kedai bunga reben)
4. Kain- untuk sebelas dulang i beli lerang 60' panjang 2 m. (beli la kapur untuk mengaris semasa nak potong kain nnti)
5. Gam tembak
6. Papan kek (saiz ikut la besar mana dulang hantaran. I beli 14' kat bagus @1.40satu)
7. Kekabu (RM18.00 sekilo)
8. Tessle (RM 1.80 kat Muar, warna bole pilih sebab kedai tu buat dan jual) + Accessories Bucu 

Tips untuk beli kain, belila kain yang tebal and sedikit kasar. Kain jenis velvet, or kain langsir yang kasar dan kalau bole beli yang jenis satu or dua kaler je sebab kalau bercorak sangat mcm meriah sangat la pulak.(tapi terpulang yer). dan satu lagi, kalau pegi ke jakel, nagoya ke,kamdar or mana je, cari kain yang saki baki (biasa nya ditempatkan dalam satu bakul). yela kalau tinggal dalam 2m biasanya da tak dijual sbg kain langsir, mana cukup pun. so kain2 saki baki ni biasanya lebih murah and 50% off.penjimatan tu penting.

Procedure 1:
Potong span besar sikit dari saiz papan kek. I guna tebal pembaris je. Macam gambar di bawah.

Procedure 2:
Gamkan span kepada 3 bahagian papan kek. Gambar esok i upload, kamera tertinggal pulak..ayo.

Procedure 3:
Then masuk kan kekabu dan tepuk2 sikit kasi rata dan sedikit keras. Kalau lembut sangat tenggelam pulak hantaran.


kain velvet ni memang ada ciri2 berkilat sket :)


nak gebu lagi tambah lebih kekabu.

Procedure 4:
Potong kain lebar sedikit dari saiz papan kek. Then gunakan kan stapler untuk lekatkan kain. Awas: Guna gam bole terbuka masa bantal ini kena panas matahari..karang ada yang terabur kekabu hehe.

Procedure 5:
Selit kan tessle sebelum stapler yer..Kain i velvet kaler coklat gelap manakala accessories bucu warna silver so tessle ni warna coklat silver.



Ok siap yahoooo (bagi hadiah kepada diri sendiri yer). Tapi sorry i tak dapat upload gambar today. will update soon. kamera tertinggal lor, tapi nak juga upda hehe. Selamat mencuba.

Gambar Hantaran yang berkenan. Sory, tak ingat link pula.


Friday 15 April 2011

Tag Template Idea

Hi Peeps,

Masih juga mengenai Tag. So tag ini bukan sahaja untuk "TQ Tag", tapi bole digunakan untuk wedding card,goodie bag, centrepiece tag,menu and macam2 lagi mengikut kretiviti masing2. Kalau google bole dapat banyak template, basic sama je yang lain ialah apa design yang kita nak. Untuk i, ada satu dua design dah siap tapi belom finalize coz my wedding pon lambat lagi. Ada masa la nak tukar2 last minit nanti. So some idea to share:



 Menu style. Source




Yang ni i buat try2 je..i intrested nak buat yang simple than ada wordings ' So Sweet'..hehe berangan belom ada mood nak buat lagi :)

Wednesday 13 April 2011

DIY Roses

Morning Peeps,

Nice nice, pagi2 dah mengoogle. Biasa la bos belum masuk lagi so usha2 apa2 yang patut dulu huhu. Sekarang tgh cari idea nak decorate my paper bag. Bag da siap tapi isi and deco x start pon (tengah fikir idea lagi)..bila ntah nak siap. OK something to share. Idea DIY rose ni comel, bole diguna kan untuk rozek or bunga pahar or deco2 apa2 je yang sesuai. Mudah dan senang juga..kalau nak digunakan sebagai bunga manggar pon idea yang bernas. jum DIY lagi.


Nak lagi? Click here

untuk buat centrepiece

Tuesday 12 April 2011

Freebies-TQ Tag/Label

Helow Peeps,

Seperti tajuk di atas, ada tq tag untuk di kongsi bersama2. Simple je Tq tag ni, bole terus print je atas kertas at least weight @200gsm spaya takda la terkoyak nanti masa nak bagi-bagi doorgift or bole print atas stiker untuk dilekatkan pada mason jar. Kalau yang tak pandai nak guna adobe, bole edit je guna MC Publisher ye kawan-kawan. Saya dah buat untuk doorgift Company Dinner, hasil memuaskan la sebab tiru and edit hehe.. Selamat mencuba.






Nak lagi lawat sini Delicious Scraps

my trial. Copy and Print

Monday 11 April 2011

Mewarna Doily Paper

Salam Peeps,

Pusing2 tgk blog orang, saya ternampak idea yang sangat kreatif dari Lalatifah, Termeloh. Idea mewarnakan doily paper dengan pewarna amat la menarik dan membuatkan saya berhenti kejap dan meneruskan pembacaan. credit to you cik Latifah. sesiapa nak tgk cara2 dah hasil sila la lawat2 blog dia yer..

Photographer-Green Apple

Kalau berbicara tentang Photographer, i sudah confirmed/ booked Green Apple for my wedding. Yang sebenarnya, Encik H yang mencadangkan supaya hire satu je photographer untuk semua acara. Sebab senang nak bekerjasama and tidak serabut masa nak pilih gambar nanti. Ada sedikit gambar untuk tatapan semua from Green Apple.






Source: Green Apple

Canister Jar

Hi Peeps,

Canister? For my wedding i beli canister dari Menang Glassware untuk diberi kepada pihak lelaki kat meja beradap. I nak isi telur pindang same as dalam gambar dibawah item no 1 hehe tiru. Harga memang nampak mcm mahal sebab harga ni untuk harga hari biasa, masa i beli tu hanya RM3 je..sbb ada new year and raya cina sale. Semua cantik2 geram, tapi ini je yang dalam budget. so korang2 yang berminat bole tunggu for hari raya sale September nanti...Nak beli online bole hubungi sini: http://variasienterprise.blogspot.com

Sunday 10 April 2011

Dodol sebagai Doorgift

Hi Peeps,

Something to share:

My friend and I ada menjual dodol segitiga, dalam bakul anyaman and bantal dan juga wajik kesirat from melaka, as your wedding doorgift. Harga ikut berapa banyak kg order. Interested bole contact/email i sebulan sebelum majlis=)

Dodol Melaka.

Bole menggunakan idea mason jar. Satu mason jar (H:9cm, D:6.6cm) @Rm1.30 (per box ada  60pcs)

Perisa Dodol:
Asli (Gula Melaka), Pandan dan Durian serta wajik kesirat.

Perisa pon Nurul suggest yang asli TERBAIK. tapi kalau nak perisa lain sms yer ..

Harga Dodol Melaka(Segitiga):
10-above@Rm24 ini untuk harga tahun 2014.
untuk harga yang lebih details/ special contact or wasup.

sorry, nurul hanya ambil tempahan yang besar sahaja. (wedding/kenduri or event) sebab nurul ambil ni direct dari Melaka. so in order untuk jaga kualiti Nurul tak simpan stok kat Shah Alam. Setiap order baru ambil so that bole kekal kan kualiti Dodol. Sebetul2 nye dodol yang sedap mesti la lembut, sbb ada kalanya dodol yang dah lama akan keras dan hapak :). dan macam biasa la, kalau dah ambil dari Melaka, Nurul memerlukan masa nak ke sana.....so at least bgtau la sebulan sebelum event ( elok lagi setiap awal bulan).
Botol tu Nurul dah tak buat, that is just for idea doorgift. nak cari kat mana botol-botol yang murah bole tgk comment kat bawah.

Kualiti dijamin. kalau ada masalah bole bgtau Nurul, and Nurul akan gantikan dgn yang baru insy...

Bole contact 012-6627241 Nurul untuk arrangement :)..especially B2B..hehe.

Wednesday 6 April 2011

DIY Centrepiece

Hi Peeps,

Lepas buat blogwalking dan menggoogle..ada satu hasil idea DIY yang nice and simple for centrepiece by using mason jar..

 Sedia kan 3 jenis printed tape..warna tema wedding for sure.
 tapekan macam ni..line by line. ikut krativiti masing2..
Isikan air tujuan untuk terapungkan lilin.
Da siap pun..gunakan untuk hiasan centrepiece. Nice!


Happy DIY!

Tuesday 5 April 2011

Mason Jar Centrepiece

Helow peeps,

Untuk Centrepiece, i plan nak menggunakan Mason Jar dengan penutup metal size H: 7cm x D: 5.5cm   9cm x 6.6cm (252ml), ada sesiapa nak mengguna kan idea ini juga???sesiapa sesiapa??.. I nak beli untuk wedding Oktober nanti dan oleh sebab i nak beli dalam kuantiti yang banyak dalam 100pcs  (harga untuk satu lebih kurang Rm1.3o), so i nak share if anybody nak membelinya (second hand tapi sekali guna je). Kalau nak guna sebelum my wedding pon dialu2 kan... Bole email kat i untuk sebarang pertanyaan..

Idea untuk centrepiece:



 Centrepiece bunga kekwa. Bunga ni kalau kat kampung i hanya RM 1.5o je satu batang, ada dalam5-7 kuntum..murah idea ni..bole di pertimbangkan.


 Centrepiece yang simple. 

 Tak guna idea ni, takut pecah pula. Tapi kalau wedding malam, mesti sangat cantik.


Untuk guest yang isi Guest Book. Mungkin bole isi bunga rampai..baru rajin sikit korang2 nak isi guest book tu yer..=)

Monday 4 April 2011

Wedding Card DIY

Helow Peeps..

Until today, i manage to finish up wedding card i up to here. I start to DIY since Dec 2009, punya la bersemangat waja. Masa tu takda la nak sangat buat sebab wedding card bukan 10, 20 keping tapi ratus ratus tapi di sebabkan tengah sibuk dengan stamping up so i pun decided to DIY. So something to share with you all. Dah siap nnti i share kay..this is how the idea is....

First procedure. It takes about one month to come out dengan this idea.


Mula2 kertas A4 lipat kepada tiga bahagian(seperti warna merah). Then Potong 4 cm on kira dan kanan kertas mcm dalam gambar(seperti warna hitam). Lepas tu, lipat triangle setiap hujung, agak2 ikut line lipatan itu.
Note:kalau tak faham tengok gambar atas yer


Ini  rupa selepas di lipat dan potong.


Ini hasil yang dah siap..dalam 400 keping phew.. belum siap ni. 


ok, ini i punya idea. Print invitation kat dalam dan selitkan je dengan brads. Doily as accessories, utk letak nama kat doily tu kena la design stamp then chop je..senang sikit. Another 200pcs i hanya print sebab tak cukup kertas..huhu.

P/S: Siapa berminat bole tiru. Kalu tak larat nak buat i bole design kan untuk u..hehe bole berbisness nnti =).Nice! Happy DIY.